Friday, June 12, 2020

BTS ASSET NEGARA SOUTH KOREA






INDUSTRI K-Pop sekarang telah mendominasi dunia dimana mereka menguasai youtube dan media sosial yang lain serta peminat yang ramai dari serata dunia.

Salah satu boy biggest band K-Pop, BTS menyumbang sebanyak AS$4.5 bilion (bersamaan dengan RM18.8 juta) kepada pendapatan per kapita (GDP) Korea Selatan, menurut laporan The Hollywood Reporter.


BTS yang kembali ke jelajah Speak Yourself di Amerika Syarikat pada Oktober 2019 habis menjual kesemua 300,000 tiket yang secara purata bernilai AS$452 setiap tiket dalam tempoh beberapa minit  sehingga menyebabkan gangguan pada server Ticketmaster.

Selain penjualan tiket, BTS turut menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan dan barangan berjenama bernilai AS$130 juta termasuk barangan-barangan yang lain.

Menurut laporan Hyundai Research Institute, bagi setiap seorang dalam 13 pelancong asing yang mengunjung Korea Selatan pada 2017, BTS menjadi faktor utama mengapa negara itu dipilih sebagai lokasi pelancongan.

Berdasarkan carta oleh Korea Institute of Corporate Reputation, BTS menduduki tangga pertama, diikuti dengan TWICE di tangga kedua, dan Oh My Girl di tangga ketiga.

1-BTS (11,902,265 mata)

2-TWICE (6,009,100 mata)

3-Oh My Girl (5,536,980 mata)

4-MAMAMOO (5,285,411 mata)

5-Red Velvet (5,200,050 mata)

6-BLACKPINK (4,883,604 mata)

7-Lovelyz (4,786,845 mata)

8-Girls’ Generation (4,388,567 mata)

9-IZ*ONE (4,293,057 mata)

10-EXO (4,251,165 mata)


Industri Kpop Sekarang kian pesat dan dalam masa yang sama mereka telah berjaya menakluk di serantau Asia dan kini melebarkan sayap ke persada dunia .


Tahniah BTS

No comments:

Post a Comment